AURAT
Undang –undang mudah tapi dipandang remeh oleh segelintir Hamba Allah, “Wahai Wanita Islam jagalah kamu akan Aurat mu….lindungilah seluruh tubuhmu dengan kain agar tidak Nampak susuk tubuhmu kecuali wajahmu dan tapak tangan… dan hendaklah kamu memakai tudung yang dilabuhkan hinggan menutup perhiasan mu (dadamu) agar tidak di lihat oleh lelaki lelaki ajnabi………
Dalilnya pula adalah daripada sebuah hadith yang bermaksud:
'Janganlah kamu masuk ke tempat wanita. Lalu seseorang daripada kaum Ansar berkata: 'Wahai Rasulullah, bagaimana pendapatmu dengan ipar?' Beliau menjawab: 'Ipar itu adalah maut' (Yakni menyendiri dengannya bagaikan bertemu dengan kematian). Riwayat Imam Bukhari dan Muslim.
Maksud hadith ini kita dikehendaki berwaspada dengan ipar, memandangkan pertalian hubungan rapat kita dengan mereka, namun pada masa yang sama sebenarnya mereka tetap juga mahram kita dan perlu kita berjaga-jaga seperti mana kita berjaga dalam hubungan dengan lelaki bukan mahram yang lain.
Sila lihat juga jawapan saya bagi isu yang sama di lelaman berikut =>
Pendapat yang berkata dengan boleh membuka aurat kepada ipar itu adalah salah dan berlawanan dengan syariat Islam. Ulamak2 telah sepakat berkata bahawa ipar tidak termasuk mahram dan batal wuduk apabila bersentuh dengannya.
Apakah alasan bahawa bolehnya membuka aurat dihadapan abang atau adik ipar itu?
Wajiblah diketahui bahawa mahram itu hanya 3 golongan yaitu dengan sebab nasab, susuan dan mushoharoh.
Yang menjadi mahram dengan sebab nasab atau keturunan itu hanyalah 7 yaitu :
1. Ibu dan keatas
2. Anak cucu dan kebawah.
3. Adik beradik.
4. Emak saudara sebelah bapa.
5. Emak saudara sebelah ibu.
6. Anak saudara sebelah adik beradik lelaki.
7. Anak saudara sebelah adik beradik perempuan.
Manakala mahram dengan sebab susuan pula ada 7 seperti diatas kerana hadith Nabi saw yang bermaksud :
"Haram dengan sebab susuan itu apa yang haram dengan sebab nasab."
Dan yang menjadi mahram dengan sebab mushoharoh itu ialah anak menantu dan ibu mertua.
Dalam sebuah hadith Nabi saw ditanya tentang haruskah berduaan dengan ipar maka Nabi saw menjawab :
"Ipar itu adalah maut"
Artinya ipar bukan mahram yang bahaya berduaan dengannya.

" Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s. a. w. akan hal tersebut, jawab Baginda s. a. w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia"-hadis
LAZIMI RUMAHMU
ALLAH SWT memerintahkan agar wanita duduk diam di rumah jika tiada sebarang urusan yang berkehendakkan mereka perlu keluar, seperti menuntut ilmu, bekerja menambah ekonomi keluarga, mendapatkan rawatan atau nasihat perundingan dan lain-lain yang diizinkan agama, dengan manfaat agar nilai dan harga diri wanita sebagai perhiasan dunia yang indah dapat terus dipelihara. Firman-NYA :
وَقَرْنَ فِي بُيُوتِكُنَّ وَلَا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الْأُولَى وَأَقِمْنَ الصَّلَاةَ وَآتِينَ الزَّكَاةَ وَأَطِعْنَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ إِنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيُذْهِبَ عَنكُمُ الرِّجْسَ أَهْلَ الْبَيْتِ وَيُطَهِّرَكُمْ تَطْهِيرًا
Maksudnya : "Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyah yang dahulu dan dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan taatilah Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, hai ahlul bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya." ( Surah al Ahzab ayat 33 )
Walaupun zahir ayat ini ditujukan kepada para isteri Nabi SAW, namun wanita selain mereka perlu mentadabbur ayat ini dan mengambil sudut manfaat serta maknanya. Wajar difahami bahawa maksud dari ayat ini bukan untuk membatasi ruang gerak seorang perempuan atau mengurangi peranannya di dalam masyarakat, tetapi hakikat dan maksudnya adalah untuk mengatur bagaimana seorang perempuan tatkala keluar dari sempadan rumahtangganya agar tetap selari mengikut syari'at agama.

Muslimah yang benar-benar faham pasti menyedari bahawa di sebalik arahan agama agar wanita menutup aurat, lebih banyak berada di dalam lingkungan rumahtangga, memelihara pandangan, menjaga batas pergaulan dengan memelihara sifat malu dan lain-lain yang berkaitan, semua itu adalah sebagai hijab ( tabir pelindung ) yang bertindak umpama benteng dan dinding yang menyelamatkan mereka dari pandangan nakal dan gangguan lelaki-lelaki fasiq yang tidak berakhlak.
Suatu ketika, Rasulullah SAW pernah bersabda :
الْمَرْأَةُ عَوْرَةٌ، فَإِذَا خَرَجَتِ اسْتَشْرَفَهَا الشَّيْطَانُ
Maksudnya : “Wanita itu aurat, maka bila ia keluar rumah, syaitan terus memandanginya (untuk menghias-hiasinya dalam pandangan lelaki sehingga terjadilah fitnah).” (Disahihkan oleh al-Imam al-Albani rahimahullah dalam Sahih at-Tirmidzi, al-Misykat no. 3109, dan al-Irwa’ no. 273. Dishahihkan pula oleh Al-Imam Muqbil ibnu Hadi Al-Wadi’i rahimahullahu dalam Ash-Shahihul Musnad, 2/36)

Umat Islam hari ini ramai yang terlepas pandang akan hadis Nabi SAW di atas. Jikapun ada yang mengetahuinya, tidak ramai yang dapat menerimanya dengan hati terbuka bersuluh iman kerana intipatinya yang tidak selari dengan hawa nafsu, bahkan mereka mendakwa ia hanya merendahkan-rendahkan kaum wanita, tidak lagi relevan dengan perkembangan zaman, dan kata-kata lain yang bermaksud penolakan.
Kerana itu, saya berpandangan, baik seseorang muslimah itu mengenakan purdah atau memilih membuka wajah, keberadaan mereka di ‘luar’ rumah baik di alam nyata atau di alam maya perlu diawasi dan dibatasi sekadar perlu. Apa yang perlu diimplimentasi adalah ruh dari penutupan wajah itu iaitu merendahkan pandangan dari dipandang dan memandang secara tidak wajar.
PERINGATAN DARI DUA NERACA
Sebaik-baik pakaian ialah pakaian taqwa. Justeru, hanya dengan ketaqwaan yang sebenar kepada Allah, menjadikan seseorang itu redha untuk tunduk kepada setiap suruhan dan laranganNya. Tubuh yang cantik dan indah bukan tiket untuk meraih perhatian manusia, tetapi sebagai ujian ketaatan selaku hambaNya. Firman Allah SWT yang bermaksud :
Dan tidaklah (patut) bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukminah, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barangsiapa mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya ia telah tersesat, sesat yang nyata. (Surat Al-Ahzab ayat 36 )
Allah SWT juga menegaskan di dalam ayat lain melalui firmanNya yang bermaksud :
Kemudian sesungguhnya pada hari itu kamu akan ditanya tentang segala ni'mat yang telah dini'mati kamu (di dunia). ( at Takathur ayat 8 )
Kurniaan yang pelbagai dari Allah di dunia ini, harus di salur kepada usaha mengajak manusia agar mengabdikan diri kepadaNya. Biar pun hanya sekadar tudung dan pakaian yang menutup aurat menurut syari’at, mampu mengawasi pemakainya untuk lebih menjaga tingkahlaku dan akhlak selaras dengan pakaian yang dipakai. Kerana, pakaian itu melambangkan imej agama yang mulia, suatu tanggungjawab dan amanah bagi orang-orang yang insaf tentang dosa dan pahala.
Jangan nanti ketika di Mahsyar untuk diadili, pakaian indah biar pun menutup aurat di dunia hanya menjadi saksi kepada rasa angkuh, riak dan ujub dalam diri. Atau, menjadi bukti bahawa pemakainya pernah melakukan dosa ‘mengelirukan‘ manusia lain tentang kewajipan menutup aurat yang sebenarnya, nauuzu billahi min zaalik. Bukan ‘fesyen islami’ atau ‘busana muslimah‘ yang akan membantu di sana , akan tetapi amalan jasad dan rohani yang selari dengan maksud ‘menutup aurat’ yang dituntut Ilahi.
Rasulullah SAW mengingatkan tentang ramainya wanita menghuni neraka. Sekian banyak sabda Baginda, sematkan semuanya di dalam jiwa. Bayangkan sakitnya rambut disentap tangan si anak kecil, tentulah kesakitan ditarik rambut di dalam neraka hingga menggelegak isi kepala tidak terbayang rasanya. Bayangkan pula pedihnya jari terhiris pisau yang tajam bergerigi, tentu tidak terbanding pedihnya badan yang dipotong dengan gunting api neraka.
Di dalam hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Baginda bersabda:
"Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian." (Riwayat Muslim)
IKTIBAR AKHIR ZAMAN
Hakikatnya, di sebalik dua perkongsian peristiwa yang saya ketengahkan di atas, apa yang perlu direnungi dan dihayati adalah ada iktibar dari situasi umat akhir zaman yang disabdakan oleh Rasulullah SAW yang bermaksud
"Akan datang kepada umat ku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam bara api” ( Hadis dari Anas bin Malik, riwayat Tirmizi )
Di dalam hadis ini, Rasulullah SAW memperingatkan, bahawa akan tiba suatu tempoh masa yang sangat mencabar kepada umat Islam, sehingga sesiapa yang hendak mengamalkan ajaran agamanya ia terpaksa menghadapi kesusahan dan tentangan yang sangat menekan. Andai berhati lemah dan mudah mengalah, nescaya agamanya akan terlepas dari genggaman. Ini adalah disebabkan suasana di sekeliling tidak menyokongnya bagi melaksanakan kewajipan agama, bahkan apa yang wujud di sekitarnya, lebih mendorong untuk dia melakukan kemaksiatan sehingga mampu meruntuh aqidah dan tembok keimanan.
Lihat saja di sekeliling kita pada hari ini. Terlalu banyak dalih dan kekeliruan yang sengaja ditimbulkan untuk menyesatkan umat Islam tentang pemahaman agama yang benar. Jihad disama ertikan dengan keganasan, riba disamakan dengan jual beli, sementara kegiatan seni sebagai lapangan aktif untuk mempertontonkan nafsu berselindung di sebalik agenda menjulang budaya pertiwi. Individu yang sewajarnya menjadi tuntunan hanya sekadar menjadi tontonan.
Daerah putih semakin kelam, daerah hitam kian digenggam, sehingga sebahagian umat Islam sendiri sudah mulai merasa asing dengan syari’at Islam yang seharusnya mereka pegang ampuh dan teguh, tanpa sedikitpun keraguan.
Inilah suasana yang amat jelas kita lihat di sebilangan besar dunia Islam sekarang. Umat Islam telah meninggalkan seruan yang benar dan sahih bersumber dari al Quran dan sunnah Rasul junjungan. Seakan-akan Islam berada di suatu tempat, sedang muslimin berada di suatu tempat lain yang berjauhan. Ramai umat Islam hanya membawa Islam pada nama dan kad pengenalan. Akan tetapi dalam praktik sehari-hari, perjalanan dan cara hidup mereka langsung tidak menepati nilai-nilai didikan Islam yang murni. Arahan dan suruhan Yang Maha Esa, dipandang sebelah mata. Norma-normanya yang mulia tidak lagi terhormat dalam diri mereka.
Benarlah apa yang diucapkan oleh Umar bin al Khattab, yang bermaksud :
"Kita dahulu adalah kaum yang terhina lalu Allah memuliakan kita dengan Islam, maka jika kita mencari kemuliaan dengan selainnya nescaya Allah akan menghinakan kita".

· Memang penat menjadi ibu yg super..semuanya memelukan capaiannya..
Nabi s.a.w ada mengajarkan anakandanya yg sangat dikasihi, Fatimah Az zahra, lantaran kepenatan menguli tepung di siang hari dan pekerjaan yg lain. Dimintanya pembantu, tetapi di luar kemampuan suami. Lantas Nabi mengajarkan bacalah subhanallah 33 kali, alhamdulillah 33 kali dan allahu akbar 34 kali. InsyaAllah, dgn kema’thuran zikir ini, akan hilanglah segala kepenatan sang isteri, insyaAllah. Sama2 lah kita mengamalkannya…insyaAllah..
No comments:
Post a Comment