Sunday, January 2, 2011

Aurat dan Berniqab



wanita solehah ; "perhiasan yang mahal


 "wanita solehah adalah wanita yang menutup seluruh auratnya (termasuk memakai purdah, iaitu menutup wajah dan dahinya dan hanya dua biji matanya sahaja kelihatan andai tiada fitnah)"..wallahua'lam..


Haramkah memakai purdah?? Wajibkah memakai purdah??

wallahua'lam..

Firman Allah S.W.T yang bermaksud :

"Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan dan isteri-isteri orang mu'min : Hendaklah mereka menghulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka, yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu dan Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang." (Surah Al-Ahzab ayat 59)
..wallahua'lam..



Jilbab adalah merujuk kepada kain yang berfungsi untuk menutup kepala dan dilabuhkan sehingga ke dada (telekung)..

Ummu Salamah R.A berkata (yang bermaksud) : (ketika ayat di atas dinyatakan) :

"
Para wanita kaum Ansar, apabila mereka keluar dari rumah untuk suatu keperluan, maka mereka akan berjalan tertunduk dan di kepala mereka nampak kerudung hitam (jilbab hitam) menutupinya."..wallahua'lam..

maka..jelaslah kepada kita semua bahawa
seseorang wanita WAJIB menutup kepalanya sehingga ke dadanya..

apakah ia termasuk dengan wajahnya sekali?

Rasulullah S.A.W bersabda (yang bermaksud) :

"Apabila seseorang di antara kamu melamar seorang
wanita, maka dibolehkan baginya untuk melihat wajah wanita itu sekiranya si pelamar itu belum pernah melihat wajahnya sama sekali." (Riwayat Imam Ahmad)..wallahua'lam..

Hadith Rasulullah S.A.W ini menunjukkan bahawa Rasulullah S.A.W menafikan dosa ke atas seorang peminang melihat
wajah wanita yang dilamarnya itu dengan syarat bahawa wanita yang dilihatnya itu akan menjadi isterinya pada waktu yang ditentukan dan disepakati bersama..

Adapun selain peminangan, maka sama sekali dilarang melihat
wajah wanita itu dan berdosa bila hal ini dilakukannya juga..

Demikian juga si peminang bila melihat
wajah wanita itu bukan tujuan untuk meminangnya namun hanya sekadar menikmati kecantikan dan keindahan wajah wanita itu sahaja, ia adalah BERDOSA..wal iyya dzubillah..

maka..

Bila kita teliti dan fikirkan bersama bahawa para
wanita yang membiarkan kepala dan wajahnya terbuka di hadapan lelaki asing, apalagi kalau kaum hawa itu merayau-rayau kesana kemari tanpa maksud dan tujuan..maka kita akan dapati bahawa hal itu banyak menimbulkan akibat negatif yang boleh menjerumuskan kaum wanita ke lembah kehinaan dan kecelakaan...wal iyya dzubillah..wallahua'lam..

sesungguhnya kalian (wanita) amat indah..kalian amat cantik..kalian amat sopan..

namun, andai kalian tidak memeliharanya, maka tergolonglah kalian dalam golongan hamba-Nya yang rugi...wal iyya dzubillah..

suka aku ibaratkan kalian seperti emas...kerana emas di Alam Dunia ini secara zahirnya, ia sesuatu yang amat bernilai, bahkan nilainya tidak pernah turun, bahkan sentiasa meningkat..maka begitulah dirimu wahai
wanita yang ku cintai sekalian..

maka..
apabila emas tidak dipelihara sebaiknya..tidak dibaluti ia, tidak disembunyikan ia..maka emas itu AKAN DICURI...

tetapi..
andai emas itu dipelihara sebaiknya..dibaluti ia, disembunyikan ia..maka insya Allah, emas itu TIDAK DICURI..

maka..muhasabahlah diri di ketika ini..

sesungguhnya tubuh, jasad, wajah, dan sebagainya adalah anugerah dari Allah S.W.T...dan ia akan kelak ditanya : "APAKAH YANG KAU BUAT PADA KURNIAAN-KU?! APAKAH ENGKAU TIDAK BERSYUKUR DENGAN MEMELIHARANYA?"

wallahua'lam..

No comments:

Post a Comment