Ummu Azra Queronny Azmi Mecari Keredhaan Allah
Monday, March 5, 2012
Thursday, January 13, 2011
SIRI 2 SYARIAT ,THORIQAT ,HAKIKAT, MAKRIFAT.
SYARIAT ,THORIQAT ,HAKIKAT, MAKRIFAT.
Islam adalah iman , ilmu dan amal .
Iman adalah persoalan aqidah atau ketuhanan.
Ilmu dan amal pula, ada yang berbentuk lahiriah dan ada yang berbentuk
batiniah atau rohaniah.
Bertolak dari aqidah, maka timbullah keperluan untuk beribadah sama
ada ibadah lahir mahupun ibadah batin.

Setelah Tuhan dikenali,
dicintai dan ditakuti, maka akan terdoronglah kita untuk menyembah dan
mengagungkan- Nya dan untuk mengabdikan diri kepada-Nya. Akan
terdoronglah kita untuk melaksanakan segala suruhan dan meninggalkan
segala larangan-Nya. Akan terdoronglah kita untuk patuh dan taat
kepada-Nya. Akan terdoronglah kita untuk berjuang dan berkorban
kerana-Nya.
Ilmu lahiriah ialah ilmu feqah yang bersangkut paut dengan amalan
lahir. Ilmu batiniah atau rohaniah pula ialah ilmu tasawuf yang
bersangkut paut dengan amalan hati. Amalan sama ada yang lahir atau
yang batin mestilah didorong oleh aqidah. Ia mesti didorong oleh rasa
cinta dan takut kepada Allah . Barulah amalan itu akan bermakna dan
akan mempunyai erti dan maksud yang betul. Amalan adalah jalan, kaedah
atau cara untuk membukti dan merealisasikan rasa cinta dan rasa takut
kita kepada Allah.
Bila Allah sudah dikenali, barulah kita betul-betul boleh
mempraktikkan atau melaksanakan agama. Barulah Allah itu menjadi
matlamat dan tumpuan ibadah dan pengabdian kita. Barulah amalan kita
itu ada tempat tujunya. Barulah akan terjalin dan tercetus hubungan
antara hamba dengan Tuhannya. Dalam beragama, kenal Allah itu perkara
pokok yang mesti didahulukan. Selepas itu baru timbul soal amalan. Ini
sesuai dengan hadis yang bermaksud : "Awal-awal agama mengenal Allah"
Amalan agama yang tidak didahului oleh rasa cinta dan rasa takut
kepada Allah sudah tentu tidak akan membawa kita kepada-Nya. Sudah
pasti ia didorong oleh perkara-perkara dan kerana-kerana yang lain.
Mungkin kerana mahukan Syurga. Mungkin kerana takutkan Neraka. Mungkin
kerana mahukan pahala dan fadhilat. Walaupun tujuan-tujuan ini tidak
salah kerana ianya sebahagian dari janji-janji Tuhan, tetapi maqamnya
terlalu rendah. Justeru itu hasil dan manfaat dari ibadah seperti ini
juga adalah rendah.

Ibadah yang didorong oleh perkara-perkara seperti ini, walaupun
banyak, tidak akan dapat mengubah akhlak dan peribadi kita. Ia tidak
akan menimbulkan rasa bertuhan dan rasa kehambaan di dalam hati kita.
Kerana itu, ia tidak akan mampu menyuburkan sifat-sifat mahmudah dan
membakar sifat-sifat mazmumah yang bersarang di hati kita. Ini kerana
Tuhan tidak dilibatkan dan tidak dijadikan matlamat dalam ibadah kita.
Kalau Tuhan tidak dilibatkan, maka hati akan kurang berperanan kerana
hati itu wakil Tuhan. Ibadah yang tidak ada Tuhan ini sudah tentu
tidak ada rohnya, tidak ada rasanya dan tidak ada khusyuknya. Bila
hati tidak berperanan, maka tidak akan ada penghayatan dan penjiwaan
dalam ibadah.
Tambahan pada itu ibadah kerana hendakkan Syurga, pahala dan fadhilat
dan kerana takutkan Neraka ini ada risikonya. Disebabkan Tuhan dan
hati tidak dilibatkan sama dalam ibadah seperti ini, maka ibadah ini
tidak ada kekuatannya. Lama kelamaan, ia akan dicelahi dengan rasa
bosan dan jemu. Sukar hendak diistiqamahkan. Ia juga mudah dihinggapi
penyakit riyak, ujub dan sum'ah. Ini semua akan memusnahkan pahala
ibadah. Lebih-lebih lagilah kalau tujuan dan niat ibadah itu adalah
untuk dipuji, untuk disanjung, untuk mendapat nama dan glamour, untuk
menunjuk-nunjuk dan kerana sebab-sebab lain yang berbentuk duniawi.
Sudah tentulah ia tidak ada nilai apa-apa. Malahan ibadah seperti ini
akan Allah lemparkan semula ke muka pengamalnya berserta dengan
laknat-Nya sekali. Ibadah seperti ini tidak akan mendekatkan seseorang
itu dengan Allah. Malahan dia akan bertambah jauh dari Allah. Dia
berbuat maksiat dan kemungkaran dalam ibadahnya. Lagi banyak dia
beribadah, lagi dia rasa sombong, angkuh, riyak, ujub, rasa diri
mulia, rasa diri baik dan sebagainya. Lagi banyak dia beribadah, lagi
dia pandang orang lain hina, jahat dan tidak berguna.
Beramal dalam Islam ada tertibnya.Ada urutan dan susunannya. Ada
"progression" nya dari satu tahap ke tahap yang lebih tinggi. Ia
bermula dengan Syariat , kemudian dengan Tariqat , diikuti pula dengan
hakikat dan diakhiri dengan Makrifat .

Beramal dalam Islam ada tertibnya.
"progression" nya dari satu tahap ke tahap yang lebih tinggi. Ia
bermula dengan Syariat , kemudian dengan Tariqat , diikuti pula dengan
hakikat dan diakhiri dengan Makrifat .
Ini adalah ilmu sama ada ilmu bagi amalan, lahir (feqah) atau ilmu
bagi amalan hati (tasawuf). Ini adalah langkah pertama dalam tertib
beramal. Ia melibatkan ilmu tentang peraturan, hukum-hakam, halal
haram, sah batal dan sebagainya. Ilmu perlu dalam beramal. Tanpa ilmu,
kita tidak tahu macam mana hendak beramal mengikut cara yang Tuhan
mahu. Kalaupun kita sudah cinta dan takut dengan Tuhan dan kita
terdorong untuk menyembah-Nya, kita tidak boleh berbuat demikian ikut
sesuka hati kita atau ikut cara yang kita cipta sendiri. Tuhan tidak
terima, kita mesti ikut cara yang ditetapkan oleh Islam, kita mesti
belajar. Amalan tanpa ilmu itu tertolak. Ilmu atau syariat ini ibarat
biji benih.

Tariqat .
Ini adalah peringkat menghidupkan ilmu menjadi amalan sama ada amalan
lahir mahupun amalan hati secara istiqamah dan bersungguh-sungguh.
Ilmu (syariat) yang ada perlu dilaksanakan. Ini dinamakan juga tariqat
wajib dan ia tidak sama maksudnya dengan tariqat sunat yang
mengandungi wirid-wirid dan zikir-zikir yang menjadi amalan sesetengah
pengamal-pengamal sufi. Tariqat ini ibarat kita menanam biji benih
tadi (syariat) hingga ia bercambah, tumbuh dan menjadi sebatang pokok
yang bercabang dan berdaun.
Hakikat.
Hakikat adalah buah. Selepas kita ada syariat, kemudian kita amalkan
syariat itu hingga ia naik ke peringkat tariqat, yakni ia menjadi
sebatang pokok yang bercabang dan berdaun, maka kalau cukup
syarat-syaratnya maka pokok itu akan menghasilkan buah. Buah tariqat
adalah akhlak dan peningkatan peringkat nafsu atau pencapaian
maqam-maqam mahmudah. Boleh jadi ia menghasilkan maqam sabar , maqam
redha , maqam tawakkal , maqam tawadhuk , maqam syukur dan
berbagai-bagai maqam lagi. Boleh jadi hanya terhasil satu maqam sahaja
(sebiji buah sahaja) atau boleh jadi akan terhasil beberapa maqam yang
berbeza dari satu pokok yang sama. Hakikat adalah perubahan jiwa atau
perubahan peringkat nafsu hasil dari syariat dan tariqat yang dibuat
dengan faham dan dihayati.
Makrifat .
Ini adalah hasil dari hakikat, iaitu hal-hal hakikat yang dapat
dirasai secara istiqamah. Ia adalah satu tahap kemajuan rohaniah yang
tertinggi hingga dapat benar-benar mengenal Allah dan
rahsia-rahsia- Nya. Orang yang sudah sampai ke tahap ini digelar Al
Arifbillah .
Kalau kita lihat dengan teliti, tertib dalam amalan ini bermula dari
yang lahir dan berakhir dengan yang batin. Syariat dan tariqat itu
terletak dalam kawasan lahir. Hakikat dan makrifat pula menjangkau ke
dalam hati dan rohani. Kita juga dapat lihat bahawa peringkat syariat
dan tariqat adalah peringkat-peringkat yang agak mudah dicapai kerana
ia hanya melibatkan usaha lahir.
Sumber: Tareqat Syatariyyah

SIRI 1. SYARIAT ,THORIQAT ,HAKIKAT, MAKRIFAT
SYARIAT ,THORIQAT ,HAKIKAT, MAKRIFAT
Adapun tiap-tiap satu daripada empat perkara itu atas sekira-kira makna lughowi(bahasa) iaitu;
- Syariat adalah kenyataan
- Thoriqat adalah jalan
- Hakikat adalah sebenar
- Makrifat adalah mengenal.
"Undang-undang Tuhan yang dihantarkan untuk kebaikan hamba daripada sekira-kira suruh dan tegah dan harus".
- Maka "suruh" itu dua bahagi iaitu, pertamanya wajib dan keduanya sunat.
- dan "tegah" itu dua bahagi juga iaitu haram dan makruh
- dan "harus" itu satu jua
dimana berjumlah semuanya lima perkara iaitu;
- Wajib
- Sunat
- Haram
- Makruh dan
- Harus.
Adapun erti wajib itu ialah sesuatu yang diberi pahala pada mengerjakannya dan berdosa apabila meninggalkan ia. Sunat itu pula ialah sesuatu yang diberi pahala pada mengerjakannya dan tiada berdosa apabila meninggalkan ia. Adapun haram itu ialah berdosa pada mengerjakannya dan diberi pahala pada meninggalkan ia dan makruh itu tiada berdosa mengerjakan ia dan diberi pahala apabila meninggalkan ia dan harus itu bersamaan jua sama ada mengerjakan ia atau meninggalkan ia iaitu tidak diberi pahala atau dosa..
Inilah yang dinamakan Syariat atau Syarak.
Maka tiap-tiap yang keluar daripada perbuatan kita atau perkataan kita atau niat kita semuanya yang mencakupi zahir dan batin tidak terlepas malah akan terkena dengan salah satu daripada tiga perkara itu iaitu; Inilah yang dinamakan Syariat atau Syarak.
- adakalanya kebajikan atau
- tidak kebajikan atau
- tidak kebajikan dan tidak kejahatan.
Maka tiga perkara ini merupakan penimbang syariat; di mana tak dapat tidak(mesti) akan terkena pada tiap-tiap seseorang. Maka yakinilah bahawasanya thoriqat, hakikat dan makrifat ketiga-tiganya itu adalah syariat juga; tiada keluar sekali-kali daripada nama syariat. Ia hanyalah bersalahan pada nama dan sebutan jua dan sebab yang demikian itu adalah kerana Thoriqat itu maknanya pada istilah atau syarak ialah "WASILAH" dan erti wasilah itu ialah tiap-tiap sesuatu yang boleh menyampaikan dan menghasilkan kehendak seperti kapal atau kereta dan lain-lain di mana sekelian itu merupakan "WASILAH" atau "THORIQAT" yang menyampaikan kepada tempat yang diqasadkan.
2. Penerangan Mengenai Thoriqat Adalah tujuan kehendak "SYARIAT" itu dua perkara sahaja iaitu;
- Pertamanya "Takliyah" dan
- Keduanya "Tahliyah".
Adapun erti Takliyah itu ialah "membersihkan dan menyucikan daripada segala kejahatan zhohir dan batin" dan erti Tahliyah itu ialah menghiasi dan bersepakai dengan kelakuan dan perangai yang baik zhohir dan batin.
Maka kejahatan yang sehabis-habis jahat dan keji itu ialah lupa atau lalai kepada Allah Taala dan kebajikan serta kelakuan perangai yang sehabis-habis baik itu ialah "Dawaamul Hudur" ertinya sentiasa ingat akan Allah Taala. Firman Allah Taala;
"Kemana sahaja mereka memalingkan muka mereka, di situ ada Wajah Allah". (Al-Quran).
Maka dua perkara inilah yang dituntut pada syarak kepada seorang hamba untuk/supaya mencarikan jalan thoriqat yang boleh menjauhkan kejahatan itu dan menyampaikan kepada sehabis-habis kebajikan itu dengan apa-apa jalan(thoriqat) yang ada. Maka jalan yang ada itu tersangatlah banyak sehinggakan ada antara ulama yang mengatakan;
"Bermula jalan yang boleh menyampaikan kepada Allah itu amat banyak dengan sebilang-bilang nafas sekelian makhluk".
Dan lagi firman Allah Taala dalam Surah Al-Imran : 31 yg bermaksud :
Katakanlah Ya Muhamad kepada umat engkau, jika ada kamu kasih akan Allah, maka ikutilah aku(Rasulullah SAW.) supaya kasih pula Allah Taala akan kamu.
Dari maksud Firman Allah ini membuktikan segala amalan dan perbuatan yang telah baginda lakukan dan tinggalkan atau yang baginda "syariatkan" adalah merupakan "Thoriqat" untuk mencapai keredhoaan Allah Taala. Dan untuk memperihalkan segala amalan baginda itu, semuanya telah umum kenyataannya dari hadis-hadis dan riwayat hidup baginda serta dari kitab-kitab fekah yang diasaskan oleh empat mazhab yang memang diakui kebenarannya..
Dalam hal ini, eloklah kita lihat penegasan mengikut pandangan hakikat dari hambanya yang telah Washil ilaLah(sampai kepada Allah). Telah menyebut oleh Al-Arif Al-Rabbani Kamil Mukamil Wali Qutub Sheikh Abi Madyan r.a. dalam kitabnya "Kanzul Manan" sebagaimana berikut;
"Diharamkan mereka itu sampai kepada Allah kerana meninggalkan mengikut"Thoriqat Muhammadiyah" (iaitu amalan dan perbuatan Rasulullah SAW. di samping suruhan dan tegahannya) dan berjalan mereka itu dengan keinginan mereka".
Maka segala jalan yang ditentukan oleh syarak yang di bawa oleh Rasulullah SAW. itu tiada keluar daripada pekerjaan yang disuruh ertinya mengerjakan yang disuruh dan meninggalkan yang ditegah. Maka setengah daripada jalan itu ialah dengan membanyakkan sembahyang sunat dan puasa dan zikirullah dan membanyakkan membaca dan mengkaji Al-Quran, memperdalami ilmu agama, berbuat kebajikan kepada golongan fakir dan lain-lain lagi daripada yang disuruh dan menjauhkan apa yang ditegah.
Dengan demikian, mengerjakan apa-apa yang tersebut itu dikatakan "Thoriqat" dan orang yang menjalankannya dan mengerjakan yang demikian itu dinamakan dia "Ahli Thoriqat". Maka difaham daripadanya, jelaslah dan nyatalah bahawasanya thoriqat itu ialah syariat juga dan tiada keluar sekali daripada nama syariat di mana ianya telah ditegaskan oleh Allah Taala dalam firmanNya dalam Surah Al-Hasyr: 07 yang bermaksud;
"Dan apa-apa yang telah mendatang ia akan kamu oleh Rasulullah itu maka ambil oleh kamu dan apa-apa yang menegah ia akan kamu, maka berhentilah oleh kamu jangan dikerjakan".
Itulah sebenar-benar Thoriqat; iaitu Syariat dalam erti kata melaksanakan dan menjunjung akan apa yang disuruh dan menjauhkan apa yang ditegah. Bukanlah ditentukan dengan kehendak dengan thoriqat itu semata-mata atau khusus dengan "Thoriqat Naqsyambandiyah" atau "Thoriqat Khulwati" atau :"Thoriqat Ahmadiyah" atau lain-lain lagi.
Adapun yang dimasyhur dengan thoriqat-thoriqat tersebut adalah semata-mata disandarkan kepada orang yang mula mengasaskan dan mengerjakan pekerjaan itu hingga masyhur namanya dan dikatakanlah thoriqat itu Thoriqat fulan-fulan. Ini adalah "salah satu cara atau jalan" untuk sampai kepada Allah di samping banyak lagi jalan-jalan lain yang ada mengikut sebilangan nafas yang ada pada makhluk ini. Perlu ditegaskan bukan kita menafikan akan kebenaran Thoriqat khususiah ini, tetapi kita ingin menjelaskan bahawa itu adalah salah satu jalan dari jalan-jalan lain yang ada. Bukanlah semestinya dengan jalan yang ini sahaja dan janganlah dinafikan jalan yang lain kerana menafikan jalan yang lain samalah seperti menafikan anugerah Rahmat Allah yang lain.
Janganlah terkeliru dengan istilah Thoriqat ini sehingga ada yang sanggup menidakkan atau mempelekehkan orang-orang yang tidak ikut dalam Jamaah Thoriqat Khususiah yang tertentu dengan tuduhan-tuduhan liar sebagai orang yang "suka makan kulit sahaja" atau "orang yang tidak mengamalkan ilmunya" atau "golongan syariat yang jahil tentang thoriqat dan makrifat" atau "orang yang tidak mengikut jalan yang sebenar" atau tuduhan-tuduhan lain hanya kerana mereka tidak ikut berthoriqat secara khususiyah mengikut mana-mana nama thoriqat seperti di atas. Tujuan mereka adalah sama sahaja iaitu untuk sampai kepada Allah dan berbeza mungkin pada jalan-jalannya sahaja.
Jangan....jangan sekali dipersempitkan keluasan Allah dan dikurangkan Kekayaan Allah Yang Maha Meliputi di atas setiap penzhohiran yang ada. "Kemana sahaja mereka memalingkan muka mereka, di situ ada Wajah Allah". (Al-Quran). Jangan pula kita lupa kepada pandangan hakikat dan orang-orang yang bermakrifat bahawa untuk "sampai kepada Allah" itu adalah dengan limpah rahmatNya jua
Telah diceritakan daripada seorang lelaki berkata kepada Sheikh(Guru)nya. Katanya; Wiridkan olehmu kepadaku suatu wirid. Mendengar pertanyaan lelaki itu, maka marahlah Sheikhnya kerana bodohnya permintaan tersebut. Katanya(sheikh); Adakah aku Rasul yang mewajibkan segala yang wajib dan segala fardu itu telah maklum dan segala maksiat itu telah masyhur.
- Maka peliharakan bagi segala fardu dan
- tinggalkan segala maksiat itu dan
- peliharalah olehmu akan hatimu daripada berkehendak kepada dunia dan kasih kepada perempuan dan
- lemahkan kepada syahwat. dan
- redholah engkau pada bahagian Allah bagimu yang keredhoaan.(dari amal dan ibadatmu). Maka jadikan olehmu bagi Allah syukur dan
- apabila datang bagimu kedukaan maka jadikan olehmu sabar. [Petikan dari Kitab Hikam Ibni Athoillah]
Tersebut dalam Kitab Ilmu Tahqiq atau Ilmu Haqiqat atau dinamakan juga Ilmu Martabat Tujuh "Manhalus Shofi Fi Bayaani Rumuzi Ahli Suffi" sebagaimana berikut;
"Ketahuilah olehmu bahawasanya setengah daripada yang tak dapat tidak(wajib) bagi orang yang "murid" yang hendak berjalan kepada Allah Taala; mengikut jalan(thoriqat) segala Ahlillah iaitu bahawa hendaklah - melazimkan dirinya tetap dengan beradab atas Syariat Nabi kita Muhammad SAW.
- yakni dengan memelihara segala perkara yang disuruhnya dan yang ditegahnya kemudian
- masuklah ia pada thoriqat Nabi kita Muhammad SAW.
- yakni mengikut jalan yang dikerjakan oleh Nabi kita pada segala amal atas sekuasanya.
Maka sesungguhnya tiadalah Maqam yang terlebih tinggi daripada Maqam mengikut Nabi SAW. daripada segala perbuatannya(Nabi) dan tegahnya dan kelakuannya dan perangainya. Maka tiada dapat ia sampai kepada Allah Taala melainkan dengan mengikut Nabi kita Muhammad SAW. kerana bagindalah Arif yang sebenarnya yang terlebih mengetahui dengan barang yang terlebih afdhal dan terlebih kasih bagi Allah dan dengan sesuatu yang menghampirkan dirinya kepada Allah dan kepada redhoNya".
3. Penerangan Mengenai Hakikat Adapun maknanya pada istilah ialah yang bermaksud;
"Hakikat sesuatu yakni "yang sebenar-benar bagi sesuatu" ialah barang(sesuatu) yang tiada boleh ada sesuatu itu melainkan dengan "suatu yang lain". Maka suatu yang lain itulah "Hakikatnya".
Maka inilah sehabis-habis mudah dan seterang-terang contoh. Bandingannya amatlah banyak seperti kita kata hakikat kain baju dan benang itu semuanya kapas kerana jika tiada kapas tiada boleh didapati segala perkara tersebut. Maka dikatakan kapas itu hakikat bagi benang dan kain baju. Demikian jugalah dikatakan hakikat pegawai-pegawai pekerjaan kesemua itu ialah Sultan atau kerajaan.kerana tiada boleh berdiri pegawai-pegawai tersebut jika tiada Sultan atau kerajaan. Maka demikanlah juga makhluk atau Alam ini , hakikatnya adalah Allah Taala kerana jika tiada Wujud Allah Taala tentu sekali tiadalah wujud Alam ini. Maka apa-apa yang ada pada makluk dan apa-apa yang terbit dari makhluk itu semuanya Allah Taala yang menjadikannya seperti firman Allah yang bermaksud;
"Dan bermula Allah itulah yang menjadikan kamu dan apa-apa yang kamu perbuatkan" (Surah As-Shofat: 96).
Dan Firman Allah Taala dalam surah Al Anfal: 17 yg bermaksud :
"Dan tiada engkau melempar ya Muhammad tatkala engkau melempar tetapi Allah Taala jua yg melempar"
Maka zhohir ayat ini menunjukkan bahawasanya hakikat bagi kita dan perbuatan kita ialah Allah
Taala, bukan dari kita kerana makhluk tiada kuasa sekali-kali. "Kemana sahaja mereka memalingkan muka mereka, di situ ada Wajah Allah". (Al-Quran). Inilah yang dituntut supaya mengenal Allah Taala. Maka hendaklah beriman dan percaya dan mengi'tiqadkan bahawa sekelian perkara ini adalah perbuatan Allah Taala, cuma zhohirnya sahaja disandarkan pada makhluk ini sebagai kenyataan Kehambaan dan Ketuhanan.
Untuk mencapai hakikat dan mengenal Allah Taala ini, maka ianya juga termasuk dalam suruh Syariat dengan tuntutan supaya mempelajari Ilmu Tauhid atau Ilmu Usuluddin atau Ilmu Sifat 20 atau Ilmu Kalam kerana mana mungkin diketahui hakikat Allah Taala dan percaya, beriman dan beri'tiqad dengan i'tiqad yang sebenarnya dengan tiada Ilmu mengenai Ketuhanan. Jadi, dengan kata lain tidak akan mengenal Hakikat itu melainkan dengan Ilmu Tauhid iaitu Ilmu untuk mengenal Allah sebagaimana maksud sabda Nabi SAW. yang bermaksud;
"Awal-awal agama itu ialah mengenal Allah"
Maka tegasnya; mencari ilmu mengenal Allah itulah suruh "syariat" untuk mengenal hakikat sesuatu dan usaha untuk mencari dan mempelajari serta mengamalkan ilmu tersebut itulah wasilah atau jalan atau "thoriqat" untuk mencapai tujuan tersebut. Demikian juga halnya kewajiban untuk mempelajari Ilmu Tasauf itu adalah juga tuntutan "syariat" supaya boleh dikenal dan dibeza mana yang Haq dan mana yang batil dalam erti kata yang mencakupi mengenal kejahatan-kejahatan dan tipu-daya nafsu(sifat-sifat mazmumah) dan sifat-sifat terpuji(mahmudah) yang membawa kepada maksud "mengenal diri".
4. Penerangan Mengenai Makrifat.
Adapun makna makrifat pada istilah atau syarak ialah;
"Ibarat daripada mengenalkan sesuatu itu akan sesuatu yang dengan ia(mengenal) itu memberi akan tiap-tiap ampunya hak itu haknya" dalam bahasa mudahnya;
"Boleh membezakan antara yang haq(benar) dengan yang batil".
Contohnya seperti mencari jalan untuk kenal Raja apabila sudah mengenalinya maka mana-mana sifat yang patut dengan Raja itu dipegang atau dii'tiqad akan sifat-sifatnya. Demikian jugalah hamba dengan Tuhannya; mana-mana Sifat Kamalat(Kesempurnaan) yang patut dengan Tuhan itu maka itulah yang di'itiqadkan pada HakNya dan mana-mana yang tiada patut akan dinafikan daripadaNya.
Maka dengan kerana inilah diwajibkan atas kita mengenal dengan sebenar-benar mengenal. Maka ini pun termasuklah juga ke dalam suruhan "syariat" dengan wasilah(thoriqat) menuntut Ilmu Tauhid dan Ilmu Tasauf yang akan membawa kepada hakikat untuk mengenal(makrifat) Tuhan dan mengenal diri. Sabda Nabi SAW. yang bermaksud;
"Barangsiapa mengenal(makrifat) dirinya, maka mengenallah ia akan TuhanNya dan barangsiapa mengenal TuhanNya, maka binasalah dirinya".
Tersebut dalam Kitab "Kasful Asror";
- Adapun yang dinamai "syariat" itu ialah engkau sembah(ta'bud) akan Allah Taala dan engkau kerjakan segala suruh syarak dan menjauhi segala yang ditegah.
- Adapaun yang dinamai "thoriqat" itu ialah engkau sahaja(tuju) akan Allah Taala dengan Ilmu dan Amal dan engkau amalkan barang yang engkau ketahui.
- Adapun yang dinamai "hakikat" itu seperti engkau pandang(musyahadah) Allah Taala dengan cahaya yang dipertaruhkan Allah sama tengah hatimu.
- Adapun "makrifat" itu lengkap meliputi pada sekelian badan.(ilmu, amal zhohir dan batin serta hal-ahwalnya).
Tersebut dalam bicara Kitab Hikam Ibni Athoillah As-Kanddari bahawa tidak akan ada Warid tanpa Wirid. Yang dimaksudkan dengan wirid ialah apa sahaja amalan zhohir atau batin yang dilakukan secara Istiqamah dan terhasilah Warid Ilahiyyah iaitu pembukaan dan pencampakan Nur Ketuhanan yang membukakan sesuatu yang sebelum ini tertutup atau terhijab. Dengan terbukanya sesuatu rahsia di Alam Ghaib ini, maka terserlah bahagian-bahagian hakikat atau makrifat mengikut kadar yang diizinkan. (Kita akan bincangkan hal yang berkaitan dengan Wirid dan Warid ini dalam bab yang lain kerana ianya memerlukan penjelasan yang agak panjang . Untuk bayangannya ada sila lihat di bawah Tajuk Makrifatullah). Apa yang penting ialah diketahui di sini bahawa wirid-wirid yang dimaksudkan itu ialah amalan-amalan syariat yang mengikut thoriq yang disyariatkan oleh Rasulullah SAW.
Maka jelaslah pada kita sekarang bahawa Thoriqat, Hakikat dan Makrifat adalah Syariat jua, tiada lainnya. Sebab itulah dikatakan; Bermula syariat dengan tiada hakikat itu "hampa" dan hakikat dengan tiada syariat itu "batal".
5. Rumusan dan Penutup
Jika kita buat kajian behawasanya Allah Taala membangkitkan Rasul-Rasul daripada Nabi Adam a.s. hingga Nabi Muhammad SAW. tiada terdengar akan ajaran Rasul-Rasul dan Nabi-Nabi itu melainkan hanya SYARIAT jua seperti Syariat Nabi Muhammad mengubah akan Syariat Nabi-Nabi yang terdahulu. Tiada pernah terdengar lagi pada sebutan atau tiada pernah terbaca dalam mana-mana Kitab yang yang mengatakan;
Thoriqat, Hakikat, Makrifat Nabi "Anu-anu" mengubahkan akan Thoriqat, Hakikat, Makrifat Nabi "Anu-anu".
Maka oleh sebab tiada sempurna faham itulah menyebabkan jadi kesamaran pada fahaman masing-masing kerana tiada mengetahui maksud pada istilah masing-masing.
Dan contoh atau bandingan yang terlebih terang lagi ialah seperti satu pemerintahan. Maka sebuah pemerintahan tidak akan ada jika tiada "Fardu Jami'un" iaitu Raja atau Sultan atau Kerajaan. Ini adalah kerana tujuan satu-satu pemerintahan itu ialah "Fardu Jami'un" dan inilah yang mendatangkan kemajuan dan terpeliharanya daripada kejatuhan atau kemunduran. Maka jalan untuk memelihara kestabilan dan hendak mendatangkan kebajikan dan menolak kejahatan ialah dengan mengadakan undang-undang negeri itu. Maka dalam undang-undang itu terkandung di dalamnya akan perkara-perkara tersebut yang terdiri daripada perkara-perkara yang ditegah dan perkara-perkara yang disuruh dan daripada perkara yang tiada ditegah dan perkara yang tidak disuruh. Maka undang-undang inilah syariat negeri/negara tersebut.
Demikian juga syariat pada agama adalah seperti yang tersebut itu, di mana undang-undang Tuhan adalah bertujuan untuk membaikkan hamba-hambaNya dengan sekira-kira suruh dan tegah dan yang tiada disuruh dan yang tiada ditegah. Menjalankan atau melaksanakan undang-undang itu "Thoriqat" iaitu wasilah yang bertujuan untuk menyampaikan kepada apa yang dimaksudkan iaitu mendatangkan kebajikan dan menolak kejahatan. Maka menjalankan undang-undang itu adalah meliputi perkara yang disuruh dan pegawai-pegawai yang menjalankan undang-undang itu dinamakan Ahli Thoriqat dan Hakikat undang-undang itu Raja atau Kerajaan. "Kemana sahaja mereka memalingkan muka mereka, di situ ada Wajah Allah".(Al-Quran). Ini adalah kerana tidak boleh ada undang-undang itu melainkan dengan adanya Raja atau undang-undang itu.
Maka disuruh ambil tahu akan demikian itu(undang-undang/syariat) dan makrifat itu juga disuruh ambil ketahui dan kenal betul-betul akan tiap-tiap sesuatu daripada Raja atau Kerajaan dan pegawai-pegawai lainnya dengan maqam dan martabat yang patut dengan masing-masing. "Kemana sahaja mereka memalingkan muka mereka, di situ ada Wajah Allah".(Al-Quran).Maka inilah yang dikatakan Makrifat (ertinya pengenalan). Maka semua itu terkandung dalam undang-undang. Dengan sebab itulah dikatakan Thoriqat, Hakikat dan Makrifat itu undang-undang atau Syariat. (Sheikh Al-Islam Sulaiman bin Shodiq dalam kitabnya Mizaan Al-'Aqala' )
Dengan ini, jelaslah pada kita bahawa dengan menjunjung dan melaksanakan syariat Allah melalui pelbagai amalan yang telah difardukan dan yang disunatkan oleh Allah dan Rasul itulah juga Thoriqat, Hakikat dan Makrifat.
Sesiapapun tidak boleh menyangkal akan kebenaran kenyataan ini jika benar-benar memahami maksud Hadis Qudsi seperti di bawah kerana ianya menghimpun akan semua perkara yang kita bincangkan di atas. Perhatikanlah!!! Renungkan!!! dan kajilah maksud-maksudnya yang merangkaikan makna Syariat, Thoriqat, Hakikat dan Makrifat.
Dari Abi Hurairah r.a katanya, Rasulullah SAW. bersabda(dengan maksud);
Sesungguhnya Allah Taala berfirman:; Barangsiapa yang menyakiti WaliKu, maka sesungguhnya Aku memaklumkan perang kepadanya dan tiada mendekati hambaKu dengan sesuatu(amalan) yang lebih aku sukai dari (mengerjakan) apa yang yang telah Aku fardukan ke atasnya. Dan sentiasalah hambaKu mendekatkan dirinya kepadaku dengan (melakukan) segala yang sunat hingga Aku mencintainya. Maka apabila Aku telah mencintainya, adalah
- Aku yang (menjadi) pendengarannya yang ia dengar dengan dia dan
- Penglihatannya yang ia melihat dengan dia, dan
- Tangannya yang ia tamparkan dengan dia dan
- Kakinya yang ia berjalan dengan dia;
- dan demi jika ia meminta kepadaKu, nescaya Aku berikan kepada dia
- dan demi jika ia meminta perlindungan kepadaKu, nescaya Aku melindunginya. (Riwayat oleh Bukhori)
[Tanbih]Yang paling utama dalam mendekati dan memahami sesuatu perkara itu ialah dengan adanya Ilmu sebab ibadah(pelaksanaan syariat, thoriqat dan hakikat) itu akan sia-sia jika tanpa ilmu. Dan hendaklah diketahui bahawa untuk Ilmu dan Ibadat itulah maka terjadi semua apa-apa yang engkau lihat dan dengar itu; hanya untuk Ilmu. Dan kerana untuk Ilmu dan Ibadat juga maka kitab-kitab suci itu diturunkan oleh Allah Taala dan semua Rasul-Rasul diutus hanya untuk Ilmu dan Ibadat.
Imam Shafie r.a berkata; "Jika tidak ada Wali-wali itu para Ulama, maka tidaklah bagi Allah seorang Wali dalam permukaan bumi".
Kita akan bicarakan nanti Insya Allah..... mengenai Ilmu dan Ibadat ini sebagai lanjutan untuk mentahqiqkan lagi kefahaman dan keyakinan bahawa;
"Bermula jalan yang boleh menyampaikan kepada Allah itu amat banyak dengan sebilang-bilang nafas sekelian makhluk".
Janganlah dipersempitkan keluasan dan Kekayaan Allah Taala dan janganlah diperkecilkan Keagungan dan Kemuliaan Allah, dan janganlah dikurangkan Kesempurnaan Allah dan janganlah diperlecehkan KeAgungan dan Keindahan Syariat Allah kerana sesungguhnya Allah menjadikan segala Asya' ini dengan Sifat Jamal dan JalalNya.
"Hakikat tidak akan muncul sewajarnya jika Syariat dan Thoriqat belum betul lagi kedudukannya. Huruf-huruf tidak akan tertulis dengan betul jika pena tidak betul keadaannya."
Semoga Allah membimbing dan menunjuki kita semua ke arah "jalan yang benar" Allahu A'lam.
SIFAT-SIFAT WAJB BAGI ALLAH TAALA
Sifat-sifat Yang Wajib Bagi ALlah (Akhir)
Kaunuhu Qadiran (keadaan ALlah yang Maha Berkuasa)
ALLah bersifat Kaunuhu Qadiran. Ertinya ALlah tetap selalu berada di dalam keadaan Berkuasa dan mustahil Dia berada di dalam keadaan lemah. Dalilnya sama dengan sifat Qudrat yang telah dijelaskan.
Kaunuhu Muridan (keadaan ALlah yang menghendaki)
ALLah bersifat Kaunuhu Muridan. Ertinya ALLah selalu dalam keadaan menghendaki dan mustahil Dia dalam keadaan yang tidak menghendaki. Dalilnya sama dengan sifat Iradah yang telah dijelaskan.
Kaunuhu 'Aliman (keadaan ALlah yang mengetahui)
Ertinya ALlah selalu dalam keadaan mengetahui dan mustahil Dia tidak mengetahui. Dalilnya sama dengan sifat Ilmu yang telah dijelaskan.
Kaunuhu Hayyan (keadaan ALlah yang Hidup)
Ertinya ALLah tetap selalu dalam keadaan Hidup, mustahil Ia dalam keadaan mati. Dalilnya sama dengan sifat Hayat yang telah dijelaskan.
Kaunuhu Sami'an (keadaan ALlah yang mendengar)
Ertinya ALLah selalu dalam keadaan mendengar dan mustahil Dia tidak dalam keadaan mendengar. Dalilnya sama dengan sifat Sama' yang telah dijelaskan.
Kaunuhu Basiran (keadaan ALlah yang Maha Melihat)
Ertinya ALLah tetap selalu dalam keadaan melihat dan mustahil Dia dalam keadaan buta. Dalilnya adalah sama dengan sifat Basar yang telah dijelaskan.
Kaunuhu Mutakalliman (keadaan ALlah yang Berkata-kata)
Ertinya ALlah tetap selalu dalam keadaan berkata-kata, mustahil Dia bisu. Oleh kerana ALLah mempunyai sifat Kalam, maka Dia tetap selalu berkata-kata. Dalilnya sama dengan dalil Sifat Kalam.
Kalam ertinya berkata-kata.
Sifat yang qadim lagi azali yang berdiri pada zat Allah ta’ala. Dengan sifat Kalam, ALah ta’ala berkata-kata tanpa mulut dan alat pertuturan, tanpa suara atau alat Bantu untuk bertutur atau bersuara.
Perbezaan Kalam ALLah dan Kalam manusia
1. Kata-kata ALLah sentiasa benar dan tidak ada yang sia-sia. Sebab itu al Quran disebut Kalamullah yang mengandungi ilmu Allah.
2. Kalam ALlah pada hakikatnya satu dan tidak berbilang-bilang, tetapi Kalam itu ada berbagai-bagai bergantung kepada perkara yang dinyatakan samada perintah (amr) tegahan (nahy), cerita atau berita (Khobar), janji balasan baik (wa’d) dan janji balasan buruk (wa’id)
3. Manusia juga dapat berkata-kata tetapi berbeza daripada kata-kata ALLah ta’ala. Kemampuan manusia berkata-kata disebabkan oleh adanya mulut dan suara. Ada kalanya kata-kata itu benar dan ada kalanya dusta, ada kalanya kata-kata itu berguna dan ada kalanya kata-kata itu sia-sia. Allah ta’ala melarang kita berkata-kata sesuatu yang kita tidak ketahui atau sia-sia.
Dalil Aqli
Jika ALLah tidak bersifat dengan sifat sama’, basar dan kalam tentulah ALLah ta’ala bersifat dengan lawannya iaitu Somam (Tuli), Ummi (Buta), dan Bukm (kelu/bisu). Hakikat ini tentulah tidak dapat diterima oleh akal, sebab sifat-sifat kekurangan ini sifat makhluk. ALLah ta’ala tidak bersifat dengan sifat-sifat kekurangan, oleh itu, tetaplah ALLah ta’ala bersifat dengan sifat sama’, basar dan kalam.
Dalil Naqli
Firman ALLah ta’ala bererti :
Dan ALLah telah berkata-kata kepada Musa dengan kata-kata secara langsung, tanpa perantaraannya (Surah an Nisa’ : 164)
ALlah Maha Mendengar dan Maha Melihat (Sifat Sama' dan Basar)
Allah Maha Mendengar dan Maha Melihat (sama’ dan Basar)
Sama’ = ertinya mendengar
Basar = ertinya melihat.
Sifat sama’ dan basar ialah sifat yang qadim lagi azali berdiri pada zat Allah ta’ala. Dengan sifat ini, Allah mendengar tanpa telinga dan melihat tanpa mata dengan jelas dan nyata segala yang ada.
Tidak ada yang dapat menghalang pendengaran penglihatan ALLah ta’ala, tidak ada batasan jauh atau dekat pendengaran dan penglihatan dan tidak ditentukan bunyi atau objek dan tidak ditentukan oleh cuaca terang atau gelap.
Semuanya dapat dilihat dan didengar oleh ALah ta’ala.
Manusia juga dapat mendengar dan melihat, tetapi pendengaran dan penglihatan manusia ditentukan oleh berbagai-bagai alat bantuan dan terbatas.
Perbezaan pendengaran dan penglihatan di antara Allah dan manusia :
Pendengaran dan Penglihatan ALLah :
1. tidak dengan telinga dan mata
2. tidak dengan suara atau objek
3. tanpa halangan
4. tanpa batasan
5. tidak terpengaruh dengan keadaan dan suasana
6. tanpa alat Bantu.
Pendengaran dan Penglihatan manusia :
1. dengan telinga dan mata
2. dengan suara dan objek
3. ada halangan
4. ada batasan
5. dipengaruhi oleh keadaan dan suasana
6. memerlukan alat bantu
Dalil Naqli :
Firman Allah yang bererti :
Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat (Surah al Haj : 61)
Hayat ertinya hidup. Sifat hayat adalah suatu sifat yang qadim lagi azali yang berdiri pada zat ALlah ta'ala.
ALlah hidup tanpa nyawa, nafas. Tidak juga dengan bertubuh badan dan tidak makan serta minum.
Sifat Hayat (Hidup) menjadi punca atau asas bagi sifat-sifat ALlah yang lain iaitu Qudrah, Iradah, Ilmu, Sama', Basor dan Kalam (Sifat Idrak). Tanpa Hayat maka sifat-sifat lain juga tiada.

Hayat ALlah Ta'ala
1. Qadim lagi azali
2. Tiada tempoh masa (kekal)
3. Tidak bernyawa
4. Tidak bernafas
5. Tidak bertubuh badan
6. Tidak makan dan minum
7. ALlah menghidupkan makhluk yang lain
Hayat Manusia
1. Bersifat baharu (pasti hancur, musnah, mati)
2.
3. Bernyawa
4. Bernafas
5. Bertubuh Badan
6. Makan dan Minum
7. Dihidupkan
Dalil Aqli
Jika ALlah ta'ala tidak bersifat dengan sifat Qudrah, Iradah, Ilmu dan Hayat. Maka tentulah tidak ada alam ini dan segala yang baharu (makhluk). Hendak mengatakan tiada alam ini adalah mustahil kerana alam ini telah ada. Maka pastilah dengan logik akal ALlah ta'ala bersifat dengan keempat-empat sifat tersebut. Kerana dengan qudrah, iradah. ilmu dan hayatnya ALlah ta'ala dapat mencipta alam ini.
Dalil Naqli
1. Dalil Sifat Qudrah (berkuasa) ALlah ta'ala :
إِنَّ ٱللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَىۡءٍ۬ قَدِيرٌ۬ (٢٠)
Ertinya : Sesungguhnya ALLah amat berkuasa ke atas tiap-tiap sesuatu. (Surah al Baqarah :20)
2. Dalil sifat Iradah (berkehendak) Allah Ta'ala :
إِنَّمَآ أَمۡرُهُ ۥۤ إِذَآ أَرَادَ شَيۡـًٔا أَن يَقُولَ لَهُ ۥ كُن فَيَكُونُ (٨٢)
Ertinya : Hanyasanya Segala urusan apabila Ia (ALLah) menghendaki sesuatu, bahawa berkata Ia jadilah, maka jadilah ia. (Surah Yaasin :82)
3. Dalil Sifat Ilmu (mengetahui) ALlah ta'ala :
هُوَ ٱللَّهُ ٱلَّذِى لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَۖ عَـٰلِمُ ٱلۡغَيۡبِ وَٱلشَّهَـٰدَةِۖ هُوَ ٱلرَّحۡمَـٰنُ ٱلرَّحِيمُ (٢٢)
Ertinya : Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dialah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (surah al Hasyr : 22)
4. Dalil sifat hayat (Hidup) ALlah ta'ala :
"ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُۚ
Ertinya : ALlah, tiada Tuhan selain Dia yang tetap Hidup yang kekal selama-lamanya. (surah al Baqarah : 255)
ALlah Maha Mengetahui (Ilmu)
Ilmu ertinya mengetahui. Iaitu sifat yang qadim lagi azali yang berdiri pada zat ALlah ta'ala. ALlah ta'ala mengetahui dengan nyata dan terang akan tiap-tiap sesuatu. Samada yang maujud (ada) atau yang ma'dum (tiada).
ALLahu ALlah... Dialah yang mengetahui apa yang tersembunyi, yang tersirat di dalam jiwa manusia, jin dan segala makhluk-Nya. Tiada satupun yang terlepas dari pengetahuan ALlah. Tentunya jika manusia menyedari kehebatan ALlah yang Maha Mengetahui ini, makin dekat diri dengan ALlah. Semakin banyak berfikir sebelum berbuat sesuatu perkara yang boleh menimbulkan kerosakan di mukabumi.
Apa yang belum ada atau yang telah ada, yang nyata atau tidak nyata, walau bagaimana halus atau besar sekalipun. Dari sekecil-kecil atom (itu yang baru diketahui manusia) bahkan lebih dari itu ALlah amat mengetahui tentangnya.
Ilmu manusia - amatlah terbatas. Kita tidak boleh berbangga dengan ilmu yang sedikit kerana ia adalah kepunyaan ALlah. Semua ilmu yang kita tahu selama ini rupa-rupanya adalah berpunca dari ALlah. Siapalah kita dibanding dengan ALlah sehingga boleh menjadi seorang yang bongkak dan takbur.
Tentulah mereka yang menyedari sifat ALlah ini akan sedar dirinya adalah terlalu kerdil dan hamba.
Firman ALlah ta'ala yang bererti :
Dan Dia (Tuhan) yang mengetahui segala sesuatu (Al Baqarah:29)

Iradah ertinya berkehendak, berkemahuan, berkeinginan.
Sifat iradah suatu sifat yang qadim lagi azali yang berdiri pada zat ALlah ta'ala. Dengan sifat ini ALlah ta'ala menghendaki pada menentukan segala yang mumkin (sesuatu yang mungkin ada atau tiada, yang hidup atau mati) .
ALlah yang menghendaki samada telah berlaku sedang berlaku atau akan berlaku. Jelasnya iradah adalah kemahuan untuk menentukan sesuatu perkara.
Manakala Qudrah (kuasa) yang menentukan iradah (kehendak atau kemahuan) berlaku atau terjadi.
Manusia juga mempunyai kehendak (kemahuan dan keinginan), namun tidak semua kehendak tercapai. Hanya apabila kehendak itu diizinkan ALlah dengan iradah-Nya barulah kehendak manusia itu menjadi kenyataan.
Dalil naqli :

وَرَبُّكَ يَخۡلُقُ مَا يَشَآءُ وَيَخۡتَارُۗ
Ertinya : Dan Tuhanmu menjadikan apa yang ia mahu dan yang ia kehendaki (Surah al Qasas : 68)
Ertinya : Dan Tuhanmu menjadikan apa yang ia mahu dan yang ia kehendaki (Surah al Qasas : 68)
Sifat Qudrah (Berkuasa)
Qudrah ertinya berkuasa. Sifat yang qadim lagi azali yang berdiri pada zat ALlah ta'ala. Sifat ini memberi erti bahawa ALlah Robbul Jalil mempunyai kuasa untuk mengadakan atau meniadakan sesuatu yang mumkin (berkemungkinan) dengan berkesan, selaras dengan iradah-Nya (kehendak ALLah).
Kekuasaan ALlah memerintah dan mentadbir sekalian makhluk-Nya dengan sendirinya. ALLah berkuasa untuk menentukan dan mengubah perjalanan alam dan seluruh makhluk tanpa kecuali. Dan ALlah jualah yang menentukan dan mengubah nasib manusia.
Perbezaan di antara qudrah (kuasa) ALlah ta'ala dengan qudrah manusia.
Qudrah ALLah ta'ala
1. Qadim lagi azali (memang sudah ada pada zat ALLah ta'ala)
2. Hakiki (berkuasa mutlaq)
3. Memberi kesan dan bekas
4. Bersendiri (Tidak dikongsi dengan apa juapun)
5. Tiada batasan
Qudrah manusia
1. Baharu (akan hancur, binasa, tidak kekal)
2. Ikhtiyari (manusia hanya mampu berusaha memilih dan tetap tertakluk pada kekuasaan ALlah)
3. Tidak memberi bekas atau kesan atas apa yang dibuatnya. - contoh : perbuatan manusia makan nasi tidak akan memberi kekenyangan kecuali atas kekuasaan ALlah yang memberi kenyang.
4. Berharap pada yang lain. - contoh : Manusia memerlukan pertolongan, alat bantuan, pancaindera, dan amat bergantung kepada ALlah.
5.
***
Qudrah ALlah ta'ala yang menentukan keberkesanan usaha dan ikhtiyar manusia. Walaupun manusia mempunyai daya akal dan daya tenaga dengan berbagai-bagai penciptaan. Namun daya manusia tidak dapat memastikan keberkesanannya.
Belum tentu apa yang dibuat oleh manusia berjaya, memberi kesan, dapat mengubah sesuatu. Bahkan banyak yang dilihat adalah kegagalan dan akhirnya hancur binasa. Sekiranya berjaya ia adalah dengan izin ALlah. Ini kerana manusia adalah amat lemah. Kita kenyang kerana ALLah yang memberi kita kenyang, kita sakit dan memerlukan ubat sedangkan ubat dan apa jua tidaklah memberi kesembuhan melainkan kekuasaan ALlah yang memberi kesembuhan. Lihatlah berapa ramai yang tidak sembuh dari sakitnya.Ada manusia yang ingin mengubah wajahnya agar menjadi cantik, tetapi cantiknya itu akan pudar juga dan pasti akan hancur bila berada di dalam kubur. Sedang kecantikan itu tiada manfaat pada dirinya di alam kubur.
Manusia berusaha mencari jalan agar berumur panjang, bahkan ada juga yang tidak mahu memikirkan kematian kerana terlalu disibukkan dengan dunia. Malangnya kematian sentiasa berlaku tanpa mengira masa, kerana kekuasaan-Nya yang mencabut segala kelazatan yang ada pada diri kita.
Oleh itu, yang menentukan kejayaan hidup manusia bukanlah manusia atau alat-alat ciptaannya, tetapi ALlah ta'ala. Sebab itu kita berusaha bersungguh-sungguh, dengan bersungguh-sungguh kita berdoa dan bertawakal kepada ALLah ta'ala.
Qudrah ALlah ta'ala yang menentukan keberkesanan usaha dan ikhtiyar manusia. Walaupun manusia mempunyai daya akal dan daya tenaga dengan berbagai-bagai penciptaan. Namun daya manusia tidak dapat memastikan keberkesanannya.
Belum tentu apa yang dibuat oleh manusia berjaya, memberi kesan, dapat mengubah sesuatu. Bahkan banyak yang dilihat adalah kegagalan dan akhirnya hancur binasa. Sekiranya berjaya ia adalah dengan izin ALlah. Ini kerana manusia adalah amat lemah. Kita kenyang kerana ALLah yang memberi kita kenyang, kita sakit dan memerlukan ubat sedangkan ubat dan apa jua tidaklah memberi kesembuhan melainkan kekuasaan ALlah yang memberi kesembuhan. Lihatlah berapa ramai yang tidak sembuh dari sakitnya.
Manusia berusaha mencari jalan agar berumur panjang, bahkan ada juga yang tidak mahu memikirkan kematian kerana terlalu disibukkan dengan dunia. Malangnya kematian sentiasa berlaku tanpa mengira masa, kerana kekuasaan-Nya yang mencabut segala kelazatan yang ada pada diri kita.
Oleh itu, yang menentukan kejayaan hidup manusia bukanlah manusia atau alat-alat ciptaannya, tetapi ALlah ta'ala. Sebab itu kita berusaha bersungguh-sungguh, dengan bersungguh-sungguh kita berdoa dan bertawakal kepada ALLah ta'ala.
ALlah ta'ala esa pada zat, sifat dan perbuatan. Hakikat ini menafikan berbilang-bilang ALlah ta'ala pada zat, sifat dan perbuatan-Nya.
Keterangan yang berikut dapat dimanfaatkan untuk menolak segala kepercayaan yang membawa kepada menyekutukan ALlah ta'ala (syirik) yang menyamakan sesetengah sifat dan perbuatan manusia dengan sifat dan perbuatan ALlah ta'ala yang akhirnya membawa kepada kerosakan iman.
Huraian
ALlah Maha Esa pada zat
1. Zat ALlah ta'ala tidak tersusun secara organik sperti ada tulang, daging, darah dan sebagainya yang disebut kam muttasil pada zat.
2. Tidak ada zat yang lain sama atau serupa dengan zat ALlah ta'ala yang disebut kam munfasil pada zat.
ALlah Maha Esa pada sifat
1. Sifat ALlah ta'ala tidak berbilang pada satu-satu jenis seperti dua qudrah (dua kuasa) yang disebut kam muttasil pada sifat.
2. Tidak ada sifat yang lain sama dengan sifat ALlah ta'ala yang disebut kam munfasil pada sifat.
ALlah Maha Esa pada Perbuatan
1. Tidak ada perbuatan lain yang sama atau serupa dengan perbuatan ALlah ta'ala disebut kam munfasil pada perbuatan.
Dalil Aqli.
Jika ALLah ta'ala tidak esa, maka perbuatan ALLah juga tidak esa; iaitu ada kalanya bekerjasama dan adakalanya tidak bekerjasama. Jika bekerjasama umpamanya tuhan pertama membuat langit dan tuhan kedua membaut bumi. Maka nyatalah sifat lemah pada tuhan sebab perlu saling tolong menolong. Jika tidak bekerjasama tentu ketika itu ada tuhan berkuasa dan ada tuhan yang lemah.
Maka logik akal tidak dapat menerima tuhan yang lemah, dan jelaslah ALlah Maha Esa pada zat, sifat dan perbuatan-Nya. Kewujudan alam ini menjadi bukti keesaan ALlah ta'ala.
Dalil Naqli
Firman ALlah :
وَإِلَـٰهُكُمۡ إِلَـٰهٌ۬ وَٲحِدٌ۬ۖ لَّآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلرَّحۡمَـٰنُ ٱلرَّحِيمُ (١٦٣)
Ertinya : Dan Tuhan kamu ialah Tuhan yang Esa, tiada tuhan selain Dia yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. (Surah al Baqarah : 163)
لَوۡ كَانَ فِيہِمَآ ءَالِهَةٌ إِلَّا ٱللَّهُ لَفَسَدَتَاۚ فَسُبۡحَـٰنَ ٱللَّهِ رَبِّ ٱلۡعَرۡشِ عَمَّا يَصِفُونَ (٢٢)
Ertinya : Jika ada kedua-duanya (langit dan bumi) tuhan selain ALlah, nescaya rosaklah kedua-duanya. Maha Suci ALlah, Tuhan yang mempunyai arasyh daripada apa yang mereka sifatkan. (Surah al Anbia' :22)

ALlah ta'ala Maha Hebat, Maha Berkuasa. ALlah ta'ala tidak berkehendak (tidak memerlukan) kepada zat yang lain.
ALlah tidak memerlukan kepada apapun. Hanya makhlukNya (yang bersifat baharu) memerlukan kepada ALlah.
Dalil Aqli :
Jika ALlah tidak berdiri dengan sendirinya, tentulah Ia memerlukan zat yang lain. Maka ia adalah mustahil bagi ALlah. Jika ALlah memerlukan kepada yang menjadikanNya, ini membawa erti ALlah adalah baharu. Tentulah ia tidak dapat diterima oleh akal. Maha Suci ALlah daripada perkara tersebut.
Dalil Naqli :Firman ALlah :
وَٱللَّهُ ٱلۡغَنِىُّ وَأَنتُمُ ٱلۡفُقَرَآءُ
Ertinya : ALlah Maha Kaya (tidak berhajat kepada yang lain) dan kamu faqir. (Surah Muhammad : 38)
dan Firman ALlah lagi :
إِنَّ ٱللَّهَ لَغَنِىٌّ عَنِ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (٦)
ALLah Tidak Sama Dengan Segala Yang Baharu (Mukhalafatuhu ta'ala lil hawadith)
Allah Ta'ala tidak sama dengan yang baharu pada sifatNya :
1. Sifat ALlah ta'ala memang sudah sedia ada bersamaNya.
2. Ta'aluq sifat ALlah menyeluruh, tetapi makhlukNya adalah terbatas pada setengah-setengah perkara.
ALlah Ta'ala tidak sama dengan yang baharu(makhlukNya) pada perbuatan :
1. Perbuatan ALlah ta'ala memberi kesan, manakala perbuatan makhluk tidak memberi apa-apa kesan ia adalah sekadar usaha sahaja.
2. Perbuatan ALlah ta'ala tidak berkehendak (tidak memerlukan) apa-apa perantaraan atau alat atau sebagainya.
3. Perbuatan ALlah ta'ala tidak memerlukan pembantu.
4. ALlah ta'ala tidak mengambil faedah daripada perbuatanNya.
5. Perbuatan ALlah Ta'ala tidak sia-sia.
Dalil aqli
Sekiranya ALlah sama atau serupa dengan yang baharu, maka ALlah ta'ala juga baharu. Logik akal tidak dapat menerima hakikat ini kerana ALlah ta'ala bersifat dengan sifat qidam (sedia) dan baqa' (kekal). Oleh itu, ALlah ta'ala tetap bersifat dengan Mukhalafatuhu ta'ala lil hawadith.
Dalil Naqli
Firman ALLah :
ۚ لَيۡسَ كَمِثۡلِهِۦ شَىۡءٌ۬
"Tiada sesuatupun yang sama (zat, sifat dan perbuatan) denganNya. (Surah As Syura :11)
ALLah Tidak Sama Dengan Segala Yang Baharu (Mukhalafatuhu ta'ala lil hawadith)
ALlah tidaklah sama dengan segala makhlukNya bahkan dengan apa yang kita fikirkan samada dari segi sifat, zat dan perbuatan.
ALLah tidak sama dengan makhlukNya dari segi zat :
1. Zat ALlah bukan Jauhar - Benda yang halus yang boleh dibahagi seperti ruh dan angin
2. Zat ALlah bukan Jirim - Benda yang memerlukan ruang seperti manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan
3. Zat ALlah bukanlah Aradh - Iaitu sifat makhluk seperti besar dan kecil
4. Zat ALlah bukan berbentuk Juz'iyyah - Bahagian-bahagian yang membentuk sesuatu benda. Contohnya : Manusia mempunyai anggota badan seperti tangan, kaki, mata, tubuh badan yang membentuk diri mereka.
5. Zat ALlah tidak berjisim - iaitu benda nyata dan berbentuk seperti benda hidup dan benda mati.
6. Zat ALlah tidak berpihak - tidak berarah seperti hadapan, belakang, kiri dan kanan.
7. ALlah tidak bertempat - tidak memerlukan ruang tempat (jirim dan aradh)
8. Zat ALlah tidak bermasa - tidak memerlukan masa (jirim dan aradh)
Rabu, 2008 April 23
ALlah itu Baqa' (Kekal)
Kita selalu mengimpikan apa yang ada pada diri, yang kita miliki agar dapat selalu bersama. Jika boleh dapat kekal selama-lamanya. Lalu apabila apa yang ada di dalam genggaman akhirnya hilang, terlepas, hancur binasa - kita sukar hendak menerima kenyataan.
Bila kita mengenal ALlah, barulah kita sedar bahawa segala yang ada di hadapan mata kita ini akan fana' (hancur binasa, akan mati).
Baqa' ertinya kekal, sentiasa ada, tiada akhir. ALlah adalah kekal wujudnya tanpa kesudahan. Kekal yang hakiki yang tidak akan fana' buat selama-lamanya. Dan bukan kekal ardhi seperti perkara yang telah ditentukan oleh syarak berdasarkan al Quran dan Hadith.
Seperti :
1. Nikmat syurga
2. azab neraka
3. jasad sekalian nabi
4. jasad orang yang mati syahid
5. ruh
6. arasy
7. kursi
8. Luh mahfuz
9. Qalam
Dalil Aqli (Akal) :
Jika ALlah tidak bersifat baqa' tentulah ALlah akan binasa (fana'). Sedangkan fana' itu sifat baharu.
Akal menerima bahawa ALlah bersifat qidam (sedia). Andainya ALlah tiada bersifat baqa' maka tentulah ALlah juga tidak bersifat qidam. Hakikat ini tidak dapat diterima oleh logik akal.
Dalil Naqli (bukti daripada al Quran dan Sunnah) :
كُلُّ شَىۡءٍ هَالِكٌ إِلَّا وَجۡهَهُ ۥۚ
Ertinya : Tiap-tiap sesuatu akan binasa kecuali zatNya (zat ALlah) : Surah al Qasas : 88

Qidam ertinya sedia iaitu sedia dari segi zatNya yang menafikan ada permulaan bagi ada ALlah ta'ala. Sedia ALlah ta'ala bukan diukur dari segi masa (Zamani) dan bukan didahului oleh tiada.
ALlah menjadikan tiap-tiap yang ada dan tiada permulaan. Berlainan dengan makhluk yang dicipta oleh ALlah, makhluk adalah terbatas dengan masa dan ada permulaan. ALlah menjadikan makhluk daripada tiada kepada ada.
Setiap yang baharu (yang akan binasa, hancur, punah, mati) ALlah yang menjadikan. Mustahil bagi ALlah ada permulaan.
Jika ALlah tidak bersifat qidam tentulah Ia baharu, setiap yang baharu tentu ada yang menjadikannya dan membaharukannya. Oleh itu, ia adalah mustahil bagi ALlah.
Dalil dari firman ALlah dari surah al Hadid ayat 3 :
هُوَ ٱلۡأَوَّلُ وَٱلۡأَخِرُ
Ertinya : Dialah (ALLah) yang awal (tiada permulaan) dan Dialah (ALlah) yang akhir (tiada kesudahan).
ALlah itu wujud (ada). ALlah ada dengan tiada yang menjadikanNya. ALlah ada tidak kerana sesuatu yang lain.
ALlah ada bersama zatNya. ALlah tidak akan mati, tidak akan hilang. Semua orang mengakui akan adanya ALlah termasuklah orang kafir. Bezanya cuma 0rang Islam mengakui ALlah ta'ala ada. Tetapi orang kafir mengakui ALLah ada dengan mempersekutukan (mengatakan ada kuasa lain yang lebih tinggi dari ALlah atau sama denganNya), tidak beribadah kepadaNya.
Firman ALlah yang bererti : "Dan jika engkau (Muhammad) bertanya kepada mereka (Orang-orang yang syirik) siapakah yang menciptakan langit dan bumi? Pasti sekali mereka akan menjawab : ALlah. (Surah az Zumar : 38)
Akal sendiri membuktikan akan adanya ALlah.
Akal yang sihat akan membenarkan sendiri akan adanya ALLah. Setiap sesuatu pasti ada yang menjadikan dan tidak terjadi dengan sendiri. Alam yang terbentang luas, dari sebesar gajah sehingga sekecil kuman ada yang menjadikan. Takkan kerusi akan jadi dengan sendirinya? Tentulah ia mustahil.
Firman ALlah yang bererti :
Amat Suci Dia, Dialah Tuhan yang Esa lagi gagah ( Surah az Zumar:4)
Firman ALlah lagi yang bererti :
"Yang bersifat demikian ialah ALLah, Tuhan kamu yang mencipta tiap-tiap sesuatu daripada tiada kepada ada; tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia; maka bagaimana kamu dapat dipalingkan daripada menyembahNya? " (Surah Ghafir: 62)
Subscribe to:
Posts (Atom)